Tuesday 7 February 2017

Malaysiaku....Semuanya Indah....


Tiba tiba pulak rasa terharu....

Orang kata tempat akak buka butik ni tempat baru.....orang tak ramai.....kedai-kedai lain yang berdekatan pun sikit je ada....kenapa tak buka dikawasan yang berdekatan dengan perumahan....

Hello, hello....

Memang akak buka kedai di tempat baru sbb target akak kat sini belum ada butik dan kedai jahit...sekurang kurangnya akak sudah ada pelanggan untuk masa akan datang sekiranya ada butik lain yang dibuka disekitarnya...

Dah kata tempat baru memang la takde orang macam Masjid India @ Jalan TAR dik oooiiii....
Adik semua nampak tak pola pembangunan di kawasan ni...sangat strategik....
Kedai-kedai berada ditengah-tengah dan disekitarnya adalah perumahan samaada Semi D, apartment atau double story.....
Tak nampak ke tiap hujung minggu penuh pengunjung di Setia City Mall....itu future prospek hakak tau....


Nak berniaga kena pakai duit dik, silap haribulan bergolok bergadai.....bukan semua orang mampu...dan kalu mampu sekalipun kena fikir pro dan kontranya...Bukan nak kata akak ni berduit, tidak...sekarang ni pun akak tgh cari sesiapa yang sudi menyuntik sedikit modal utk hakak maintainkan perniagaan seperti yg hakak plan....Insya Allah...


....kenapa tak buka dikawasan yang berdekatan dengan perumahan......ni dah dekat ngan kawasan perumahan la dik oooi....takkan nak buka depan rumah pulak.....hahahaha...tak adventure la....kakakaka....😅😅

Tapi apa apa pun akak cukup bangga.... walau pun baru sebulan lebih  beroperasi tetapi Allah SWT rahmati dan kabulkan Doa hakak... pelanggan hakak terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum....Alhamdullillah....👍👍

So, apa tunggu lagi jom la datang ke butik hakak ni....nak jahit baju pun boleh nak beli yg dah siap pun boleh....Kalau yg terasa nak kawin tu boleh mai jugak hakak ada terima tempahan jahit dress pengantin sekali ngan baju melayu....


Wednesday 1 February 2017

Majlis perkahwinan tak lama lagi......jom tempah baju....

Kami juga terima tempahan pakaian untuk majlis perkahwinan.
Contohnya dress pengantin, baju melayu, kurung moden dgn lace atau organza







Tempahan untuk hari raya sudah di terima

Walaupun hari raya masih jauh tetapi butik kami sudah mula menerima tempahan untuk hari raya.
Untuk anda yang jauh dan dekat, jemput datang ke butik kami untuk mendapatkan pakaian siap atau membuat tempahan.





Alamat:
No 21-G, Jalan Setia Utama AW,
Bandar Setia Alam Seksyen U13,
40170 Shah Alam.

Hubungi 0123109486 atau 0173233661



Butik Zafarisha Setia Alam, hubungi 0123109486

Kami menjual pelbagai jenis pakaian siap serta menerima tempahan untuk pelbagai jenis pakaian




Butik dan kedai jahit di Setia Alam

Hubungi 0123109486 untuk sebarang pertanyaan.

Alamat:
NO. 21-G, JALAN SETIA UTAMA AW,
BANDAR SETIA ALAM SEKSYEN U13,
40170 SHAH ALAM, SELANGOR

TUKANG JAHIT PUKAL DAN INDIVIDU, SELESA DAN KEMAS

Anda nak yang murah, anda nak yang selesa, anda nak yang menepati citarasa anda....
Kami boleh mengikut selera dan citarasa anda....
Sila datang ke butik kami yang bertempat di Setia Alam Seksyen U13 (bersebelahan Balai Polis Bantuan SP Setia, Setia Alam)
Kehendak anda kami utamakan...