Siapa yang anda lebih percaya??..........kawan, sahabat baik, saudara mara, diri sendiri sudah tentu...Dalam kehidupan sekarang ni agak susah untuk meletakkan kepercayaan yang tinggi pada orang lain. Kekadang kehidupan boleh jadi punah sebab kepercayaan dan mempercayai yang membuta tuli.
Kekadang kawan boleh hilang akibat kepercayaan yang dikhianati. Kekadang persahabatan yang baik boleh jadi renggang sebab tercalar dek kepercayaan yang tidak memberi erti, kekadang tali persaudaraan punah oleh kerana kepercayaan yang telah dicemari.
Semakin hari semakin aku mengenali siapa kawan, siapa sahabat dan siapa saudara sejati. Semakin aku akur, semakin aku sedari...
No comments:
Post a Comment